Wednesday, September 14, 2016

Final Visit on Apartment Riviera @ Asrama Lelaki KUIM, Ampang bersama Amerool & Eyna




Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

 Tempat Gelaran : Asrama Lelaki KUIM (betul), Apartment Riviera (salah)
Lokasi : Asrama Lelaki KUIM, Taman Muda, 56100, Ampang, Selangor.
Tarikh Pencarian :  08/02/2014 Isnin Malam.
Jam : 12.30 AM
Kamera : DSLR Canon EOS 550D
Bersama : Amerool & Eyna



Baiklah, selepas aku, amerool & kakak@kembar aku haja melawat Bukit Antarabangsa, aku, amerool & eyna (kini isteri amerool) melawat sekali lagi Asrama Lelaki KUIM akak Apartment Riviera buat kali terakhir kerana ia dalam proses pembaikpulihan@renovate.

Kami bersiap dalam jam 11.50PM dan bergerak menaiki 2 motor (aku-Ghost Rider) dan park motor betol2 sebelah kedai makan seberang jalan Apartment Riviera ni.

Mula2 was-was jugak nak masuk sebab sebelum ni, aku dan amerool melawat sebentar ke tempat ni dan dapati ade pekerja asing yang tinggal dalam bangunan tersebut. Membuatkan kami lebih berhati2 akan kehadiran pekerja asing yang bekerja disitu untuk tidak membuat sebarang gangguan atau kejadian yang tidak diingini.

Tiba saja kami bertiga di depan pintu masuk AR ni, yang juga bersebelahan dengan Apartment Riviera yang sebenarnya (gambar bawah ni), kami "disambut" dengan kilauan/suluhan laser yang datang dari arah AR, yang mungkin ingin mengganggu aktiviti kami pada malam itu.

Tetapi, kami bertiga tidak patah semangat, dan terus mencari jalan masuk ke dalam AR. Kami menemui 1 lubang besar pada dinding zink biru yang membolehkan kami masuk ke dalam.

Apabila sudah berada di bahagian dalam AR, kami memeriksa sekeliling bagi memastikan tiada orang/mata-mata yang melihat kami sedang berada didalam. 

Keadaan berselerak di bahagian depan AR

Pintu masuk ke dalam AR

Memeriksa kawasan sekeliling

Antara corak grafiti yang ada 

selepas memastikan tiada orang/mata-mata yang memerhatikan kami, dengan perlahan kami segera melangkah kedalam bangunan AR, dan dapati banyak perubahan berlaku di sekitar bahagian dalam.

Banyak tempat yang dlu kotor sudah dibersihkan, banyak kasawan dalam keadaan pembaikpulihan, dan ada kawasan yang mungkin bahaya untuk kami masuk.

Apa yang paling terkejut, kami dapati kolam renang yang berada di tengah2 bangunan AR yang sebelum ini dipenuhi dengan air dan sampah sarap, kini hampir kering-kontang!.

kelihatan dalam proses pembaikpulihan

kelihatan baju pekerja asing yang tinggal didalam AR

kolam renang yang hampir kering tiada air

Selepas melihat keadaan kolam renang sebegitu rupa, kami berhati-hati melangkah ke kawasan yang ada pakaian pekerja asing bagi tidak memeranjat atau membuat mereka terjaga.

Kami melangkah ke kawasan tengah bangunan bersebelahan dengan kolam renang. Tetapi ketika kami amati keadaan kolam renang tersebut, ada beberapa ketulan batu kecil yang jatuh dari tingkat atas bertaburan di tepi kami.

Kami yang suspek mungkin ada pekerja asing yang tinggal di tingkat atas sedar atas kehadiran kami, membuatkan kami ambik keputusan untuk beredar keluar dari AR atas dasar keselamatan kami bertiga untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Eyna melihat pakaian pekerja asing yang tergantung

Sejurus mendengar ketulan batu jatuh dari tingkat atas

Markas pekerja asing

Kolam Renang yang sudah tiada air

Masih kedengaran bunyi batu jatuh, tapi tak dapat cari entiti diatas

Kami masuk semula ke bawah bangunan AR untuk mengelak dari kena serpihan batu yang jatuh dari tingkat atas. Kami bertiga memeriksa kawasan ampaian pakaian untuk memastikan tiada apa yang pelik atau orang yang berada di sekitar kawasan tersebut.

Kami pun patah balik semula ke pintu masuk untuk keluar dari kawasan tersebut. Kami segera beredar dari kawasan tersebut dan menuju ke Pudu Ulu untuk berehat dan minum/makan malam.

Pintu masuk/keluar AR

Tersegam Tegak Bangunan AR

Eyna yang kepenatan

Amerool

Kebetulan, terjumpa kawan kat kedai makan aka Geng Penjejak Mistik

Baiklah, tiada apa yang pelik atau misteri atau aneh yang berlaku sepanjang lawatan terakhir kami ke Apartment Riviera, cuma kemungkinan kena gangguan pekerja asing yang membuang dari tingkat atas ke bawah.

Entri seterusnya adalah "Lawatan Mendalam" di Mimaland buat kali terakhir dan di Balai Polis Gombak Lama bersama kawan study di UiTM dulu, Hafiz yang nak sangat melihat tempat seram yang popular tersebut. Cuma kali ni kami berdua berjalan lebih ke dalam ke dua2 lokasi.

Salam Paranormal,

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Ketua "The Origin" FatalFrame09



Monday, August 8, 2016

Bencana Bukit Antarabangsa bersama Amerool & Haja

 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 

 Tempat Gelaran: Rumah Teres Berbukit
Lokasi: Jalan Wangsa 9, Taman Wangsa Ukay, 68000 
Ampang, Selangor, Malaysia
Tarikh: 29/01/2014 Petang Rabu
Jam: 04:30 PM
Kamera: DSLR Canon EOS 550D
Koordinat Lokasi: 3.188170, 101.769567 (google map)
Bersama : Amerool & Jaja

Baiklah, selepas kerja penyelongkaran terakhir di Rumah Dr.Frenzy bersama amerool, seminggu lepas itu, aku mengajak amerool skali lagi dengan ditemani oleh kembar aku, Jaja yang teringin nak tengok keadaan lokasi berikutnya yang terletak di Bukit Antarabangsa.

Ini "lawatan" kali ke-3 aku kesini selepas pertama kali dengan geng "The Origin" pada tahun 2009 untuk mencari Highland Tower dan kali kedua berseorangan untuk melihat kawasan sekitar situ pada waktu siang.

Lokasi berikutnya telah diberi oleh seorang akak bernama Hunny yang dahulunya aktif sebagai geng cari entiti jugak, cuma sekarang dah berkurangan kerana sudah berkeluarga.

Kami bertiga gerak dari rumah dan tiba di lokasi pada jam 04.45pm.

Sempat Jaja isi angin tayar

Papan Tanda untuk ke Bukit Antarabangsa

diekori rapat oleh jaja

Inilah Rumah Besar Berbukit

Keadaan salah satu pintu rumah
Jaja & Amerool

Permandangan Dari Lereng Bukit

Terdapat 1 rumah kecil di bawah sana

setelah puas melihat kasawan sekeliling, dan memandangkan ianya telah masuk waktu orang balik kerja, dengan pantas kami menerjah ke dalam rumah untuk melihat keadaan dalam rumah teres berbukit tersebut.

Pada waktu ni, banyak kereta lalu-lalang dan menengok aktiviti kami di depan rumah teres berbukit tersebut dengan kehairanan. Untuk mengelakkan sebarang soal-jawab dengan penduduk mahupun polis, cepat2 aku dan amerool masuk ke 1 rumah yang berdekatan kami dan jaja tinggal di luar untuk menjaga motor.

Aku cuba turun mengikuti tangga dan melihat apa yang ada di tingkat bawah. Aku tak dapat jejak ke tingkat bawah kerana keadaan yang kotor dan busuk dan aku naik semula keatas.

Kami dapati ada 1 rumah yang susah untuk pintu dibuka. Amerool menolak dan kami dapati ada kesan rumah itu masih dalam tinggalan orang kerana kami menemui tilam di atas lantai di ruang tamu.

poster2 dan iklan bertaburan 

rumah yang masih berpenghuni

So, kami bergerak ke rumah sebelah pulak untuk meninjau lebih mendalam dengan turun ke tingkat bawah dan masuk ke tingkat atas.

Untuk pengetahuan pembaca, kami pun kurang pasti kenapa rumah ini dikosongkan dan tidak diruntuh dan dibiarkan begitu saja tanpa sebarang jagaan.

Kami jugak kurang pasti atas kisah keseraman rumah teres berbukit ini, dan aku dapati banyak filem dan drama buat penggambaran disini.

papan tanda kedai makan berhampiran

amerool meninjau pemandangan dari sudut dalam rumah

inilah sudut permandangan dalam rumah

kesan retakan

bersepah, kotor dan busuk

Masa untuk turun ke tingkat bawah. Tiada apa yang pelik berlaku sepanjang berada dibawah, cuma agak berhati2 dengan keadaan tanah yang ada di situ.

Boleh dikatakan tempat di tingkat bawah memang dipenuhi sampah. Tak larat nak dok bau busuk kat situ, cepat2 aku segera naik ke tingkat atas semula.

Kelibat jaja menunggu dari tingkat atas

Dari sudut bawah rumah

Ah, lagi satu, bila berada di dalam rumah, ada ruang kosong (aku kurang pasti kenapa ia kosong sebegitu), dan disitu amatlah bahaya kerana tiada sebarang pemegang besi yang terpacak di celah dinding tersebut.

Kalau kurang berhati2, boleh terus ke bawah...fuh...

Pemandangan dari luar rumah

sebenarnya, banyak rumah yang kena masuk, tapi disebabkan kami datang agak lambat, dan orang sekeliling asyik perhatikan aktiviti kami, so kami tak dapat selongkar kesemua rumah yang ada.

Banyak tulisan dicoret di dinding rumah tersebut

sebelum kami berangkat untuk turun ke bawah lereng bukit tersebut untuk melihat 1 rumah tersorok, kami sempat perasan ada 1 rumah kosong jugak di hujung jalan masuk kawasan sini.

Tapi, kami tak dibenarkan masuk atas dijaga oleh Pengawal Keselamatan. Kami bertanya pada beliau sejarah rumah ini, tetapi beliau menjawab tidak tahu langsung pasal rumah tersebut atau rumah teres berbukit tersebut dikosongkan.

Rumah kosong 

Setelah kami keluar dari kawasan tersebut, segera aku mencari jalan untuk memasuki lereng bukit tersebut. Ianya agak sukar kerana masa yang diambil untuk menemui jalan tesebut memakan masa dalam 20minit dan waktu sudah hampir pukul 6.30pm.

Setiba saja kami ke pintu masuk jalan lereng bukit tersebut, aku menyuruh amerool sediakan kamera untuk ambil gambar disitu.

Kami tidak turun dari motor dan cuma ambil gambar dari atas motor kerana langit dah mula gelap dan kami ingin beredar cepat dari situ kerana banyak anjing liar berkeliaran di kawasan tersebut.

Apa yang aku dapati dari melihat rumah tersebut dari jauh, rumah tersebut seperti masih diduduki oleh orang cuma dikhuatiri atas keselamatan, kami tidak cuba untuk merapatkan diri kami ke kawasan rumah tersebut.
Inilah rumah kosong di bawah lereng bukit tersebut

Permandangan dari bawah

1 lagi rumah tinggal di bahagian dalam,terselindung dengan pokok tumbang...

1 hari nanti...

baiklah,selepas dalam 5minit meninjau kawasan sekeliling, dengan banyak kehadiran anjing liar berkeliaran disitu, maka kami bertiga gerak pulang ke rumah menamatkan perjalanan kali ini.

Kami singgah dulu di kedai makan di area permaisuri untuk rehatkan badan dahulu sebelum pulang ke rumah. Disitu kami masing2 bertukar cerita tentang pengalaman masuk ke kawasan sebegitu tadi.

Jaja - "Oh, Gitu Rupanya..."

Admin

Amerool tunggu air minumannya sampai...

Baiklah, ulasan untuk peninjauan kami di rumah teres lereng bukit ni, tidaklah kami cakap ia tidak menyeramkan, tapi ia lebih kepada bencana alam yang menimpa pada tahun 2008 dahulu...

sebab apa rumah kawasan situ ditinggalkan kosong dan dibiarkan begitu, kami tidak dapat tahu cerita selanjutnya, dan kami tidak dapat menemui sesiapa yang mengetahui pasal tempat berkenaan..

Walaupun ia mempunyai struktur rumah yang menarik, tapi ia agak terbatas bagi melanjutkan sebarang aktiviti pencarian atas dasar keselamatan yang patut diutamakan dahulu...

Aku cadang dengan amerool untuk terjah kawasan itu pada waktu malam bagi melihat kawasan itu dan merasai keadaan pada waktu gelap disitu dan meninjau apa yang ada disitu..

Selepas aktiviti ini, aku dan amerool bersama kini-isteri amerool, Eyna, pergi menerjah sekali lagi buat kali terakhir masuk ke Asrama Lelaki KUIIM @ Taman Riviera, Ampang bagi mencuba nasib untuk melihat kawasan itu buat kali terakhir (ia dalam proses pengubahsuaian).

Salam Paranormal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Faisal "Awiengs" Mahamud

Admin/Ketua "The Origin" FatalFrame09