Tuesday, August 27, 2013

Ghost Protocol 2011



Lokasi: Rumah Kosong Atas Bukit, Jalan 1, Taman Tenaga, Puchong
Tarikh: 18/12/2011 malam Ahad
Jam:12.30AM
Kamera: CANON DSLR EOS 550D
Bersama: The Origin - Azwan Azmi, Adam Dawn dan rakan2 rumah sewa, Salam,Ajak,Aman Ziki,Zarul,Bobby,Azman dan
 3 "tetamu khas" hafiz
Koordinat lokasi: 3.056445,101.632032 (google maps)

baiklah,selepas saja meng-update kisah rumah kosong di sek3 shah alam lepas, the origin mengambil masa yang agak lama berehat kira2 4 bulan kerana kumpulan the origin mula membawa haluan masing2 (mustaqeem -UIA, lemon -kerja)

So,yang tinggal cuma aku - Faisal Awiengs dan Azwan Azmi aka Wan25 je...so memandangkan aku baru saja melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di UiTM Shah Alam dan Wan di Unisel, kami decide untuk me-rekrut bakat2 muda untuk menyertai kumpulan amatur kami ini..

dengan penyertaan sukarela dari rakan dari diploma, Adam Dawn dan 2 rakan baik, Salam dan Ajak sudah cukup menyemarakkan lagi suasana dan stail pencarian kumpulan ini.

Tidak itu saja, dengan minat mendalam terhadap alam ghaib ini,kami telah diajak oleh 1kumpulan muda dari Unisel dan merangkap rakan serumah kami iaitu Aman Ziki,Zarul,Remy,Bobby,dan Azman untuk menerjah 1 rumah kosong yang terletak di atas bukit di Taman Tenaga, Puchong.
 Kebetulan pula,kawan Aman Ziki iaitu hafiz yang mempunyai ilmu agama dan perubatan tradisional juga ingin turut serta dalam pencarian pada malam itu. Pada mulanya aku bantah kerana terlalu ramai sangat yang ikut pada malam itu, tetapi dengan alasan percubaan pertama terhadap rumah tersebut, aku dan the origin mengalah dan terima perlawaan dari Aman Ziki.

So,kami semua bersiap sedia nk bergerak ke rumah tersebut,kami berkumpul di hadapan rumah sewa kami dan akan bergerak dalam 3 kereta.

lama & baru

so,dalam jam 12.33am,kami semua bergerak ke petronas tepi federal highway menghala kuala lumpur untuk mengisi minyak dan membuat persiapan disitu.

Salam join sekali

berdegil nak ikut,Ajak

orang isi minyak kereta,dia isi makanan dlm perut,Bobby

selepas kami selesai semua urusan di petronas shah alam itu,kami meneruskan semua perjalanan kami ke tempat destinasi yang hampir terletak 20km dan memakan masa dalam 30minit untuk kami tiba di lokasi tersebut.

setiba saja kami di tempat lokasi,aku cuba memeriksa kawasan sekeliling disitu. Apa yang aku lihat,ianya terletak dengan kawasan perumahan yang masih diduduki orang. Cuma yang pelik,aku masih lagi tidak nampak manakah rumah yang dikhabarkan oleh Aman Ziki tersebut.

kami park kereta di tepi jalan berhadapan dgn rumah orang disitu. macam biasa, ada yang dah mula mengeluarkan rokok, ada yang kuat bercakap, dan ada juga yang jadi diam tiba2.

ni la dia,aman ziki

So,setelah kami secure kawasan sekeliling dari kena kacau dgn polis,kami berkumpul dan aku sempat memberi taklimat kepada mereka semua akan apa segala kemungkinan yang ada di atas sana nanti.

Selepas itu,aman ziki plak memberi kata dua berkenaan dgn rumah tersebut yg terletak di atas bukit itu,so aman ziki menunjukkan jalan naiknya iaitu melalui lereng bukit yg sempit dan bahaya jika tidak berhati2 kena ia boleh buat orang terjatuh dari tempat tinggi.

ni la jalan masuk ke rumah tersebut,lereng bukit

so,aku pun mula menyusun kedudukan kami untuk menaiki lereng bukit tersebut dengan siapa yg ada torchlight duduk hadapan orang yg tiada torchlight..

so kami terpaksa menaiki lereng bukit itu dengan formasi 1-1-1 iaitu sorang2 dalam barisan lurus kerana dengan lorong yg sempit. Wan25 mendahului semua orang dihadapan dengan rakan2 aman ziki iaitu hafiz,diikuti zarul,remy,azman,bobby,aman ziki,salam,adam,ajak dan aku berdiri dibelakang sekali untuk mengambil gambar.


jalan menuju ke rumah tersebut tidaklah mengambil masa yg lama,cuma dalam 5minit juga sbb rumah tu betul2 center kat atas bukit tu,xdela berliku2 sgt,cuma kna berhati2 sbb kena lalu semak2 dan hutan kecil ni...

sampai saja di depan perkarangan pintu masuk rumah tersebut,aku menyangkakan ada pintu kayu disitu (berdasarkan pada pengembaraan team PenyingkapFakta666) tetapi ianya sudah tiada...just pintu yg terbuka luas untuk kami masuk kedalam...

kami lepak kat depan pintu tersebut dalam 5minit untuk buat preparation nk masuk kedalam rumah itu. sambil2 itu,aku sempat mengambil gambar sekeliling depan rumah tersebut. Agak menyeramkan dengan suasana yg gelap dan berhutan disekeliling situ.

Wan25 menunjukkan signal on untuk sedia masuk kedalam

keadaan yg bersemak-samun di luar pintu masuk rumah tersebut

setelah kami memerhatikan sekeliling luar rumah tersebut,aku memberi isyarat kepada wan25 untuk memasuki ruang depan rumah tersebut yg boleh menampakkan tangga yg tidak siap (tiada tempat pemegang) dan kebanyakkan dinding dlm rumah tersebut dihiasi dengan lukisan2 dan corak2 grafiti yg dibuat oleh org yg kreatif. Ada setengah corak menarik perhatian kami dan ada setengah itu agak pelik unutk difahami.

Kami masuk dalam keadaan berkelompok,iaitu tidak berpecah kerana kekurangan lampu suluh dan ada setengah rakan2 dlm kumpulan ini lemah semangat sikit. Memang gelap gelita kat dlm rumah ni,tiada 1 lampu pun yg wujud dlm rumah ini melainkan lampu suluh dan lampu kamera dan juga lampu rumah yg berdekatan yg menerangi bahagian luar rumah.

bahagian tingkat bawah mempunyai 4 ruang seperti bilik,2 bilik air dan 1 lorong yg menghubungi ke ruang belakang rumah tersebut. Kami menjumpai tangga di bahagian belakang yg berhubung ke tingkat atas.

keadaan dalam rumah itu tidaklah dalam keadaan yg teruk,iaitu tidak bersepah,kosong,sunyi. Cuma kami agak berhati2 dengan kemungkinan kemunculan manusia yg tinggal dlm rumah tersebut.(rujuk kat http://penyingkapfakta666.blogspot.com/2011/11/misteri-banglo-di-puncak-bukit.html)

wan25 agak tenang

inilah tangga belakang yg menghubungi tingkat atas

beberapa corak tapak tangan di dinding

semua berkumpul untuk mengambil giliran untuk naik ke tingkat atas

semasa nak naik tangga untuk ke tingkat atas,aman ziki kata kalau boleh jalan rapat2 sebab mungkin ada sesuatu yg buruk boleh berlaku kalau kami berpecah. Wan25 dan adam tengok aku untuk memberi arahan. So, mungkin ketika itu aku sangat risaukan keselamatan diorg atas kemungkinan "adanya kewujudan manusia" di tingkat atas tersebut, aku pun kata kalau boleh jalan bertiga2 ,bgi yg tiada lampu suluh,follow yg ada lampu suluh.


selepas semua orang naik ke tingkat atas,aku pun perlahan2 menaiki tangga yg tiada pemegang atau penghadangnya yang agak bahaya jika tidak berhati2. Jika diamati betul2,struktur dan elemen yg ada kat dlm rumah ni hampir sama dengan rumah besar di seksyen 12 shah alam (lukisan,luas,bertingkat,tangga tiada pemegang).


setelah memerhati kawasan di tingkat 1,sama mcm rumah besar seksyen 12 shah alam,ada bahagian depan dan belakang...so mula2 nak bahagikan team untuk explore kat bahagian depan dan belakang,tapi dah tengok semua sibuk jalan rapat2,biar jela mereka.

melihat bilik2 yg ada dibahagian depan


cuba untuk melihat bilik belah kanan kiri


sedang asyik melihat persekitaran luar yg boleh dilihat dari bilik kanan tingkat atas ini,tiba2 aku disapa oleh Aman Ziki dan Hafiz. Aku dan wan25 agak tersentak sebab ketika itu semua orang berkumpul berdiri dan tidak bergerak dan memandang muka aku.

Faisal : "kenapa ni aman? ko ada perasan apa2 ke kt dlm rumah ni?"
"kawan aku ni, hafiz, rasa xsedap badan, dia cakap baik berhenti kat sini, baik semua patah turun balik dan keluar dari sini cepat2 sebelum benda buruk berlaku kat kita nanti"-kata aman sambil memandang muka hafiz disebelah kirinya.

So,ketika itu,aku yg xbeberapa paham apa maksud kata2 dari aman dan amaran dari hafiz berkaitan dengan rumah tersebut. Aku memandang muka adam dan wan25 dan menanya pada mereka berdua patutkah kita teruskan perjalanan ini or mengundur diri?

Adam dan wan25 sepakat kata baik kita semua undur diri dari mengelakkan perkara buruk boleh berlaku pada kami nanti. Kalau diikutkan hati dan naluri aku, aku xnak keluar lagi dari rumah ni,belum puas explore keseluruhan dalam rumah ni, Tingkat 2 kat atas sekali tak sempat nak jengah lagi.

So, aku mengalah dan mengikut kata2 sepakat dari rakan2 yang lain. Ada yg sempat berjenaka dan bergelak ketawa dalam ketika itu. So aku menyuruh semua orang patah turun balik ke bawah dan keluar dari rumah ini secara perlahan2.

tak puas explore lagi dah kena keluar

ada sesuatu yang pelik ke dlm gambar ni?

ajak sempat posing sebelum meninggalkan rumah ni

macam biasa,kalau bab2 nak keluar rumah n turun dari bukit,bukan main laju semua nk duduk barisan depan. Tinggallah aku dan ajak berdua untuk mengambil gambar dari belakang.

ajak cuba menyuluh tembok bukit dengan torchlight handphone


sampai saja aku kat kereta,aku dapat merasakan kelegaan setelah merasai kehangatan dalam rumah tersebut. Melihat muka sorang2 yg kelihatan penat. kami semua berehat sebentar di lorong tersebut kira2 10minit juga. Disamping itu juga, hafiz sempat membacakan doa untuk melindungi kami dari gangguan makhluk halus.

kemudian,kami semua keluar dari area taman tersebut.

penanda taman tenaga puchong

setelah keluar untuk masuk jalan besar puchong itu,kereta yg dinaiki hafiz dan aman ziki memotong kereta kami dan berhenti mengejut di tepi jalan. Aku ingatkan mungkin mereka ingin cakap untuk isi minyak kereta. Aku pun turun kereta dan cuba mendengar perbualan aman ziki dengan zarul dan remy. Terkejut aku apabila aku mendengar yg si hafiz dalam keadaan sakit setelah keluar dari kawasan rumah tersebut.

patutlah aku lihat muka dia pucat semacam masa kat bawah tadi. Aman cakap dia sakit setelah cuba melawan "makhluk halus" dari tingkat atas tersebut. So kami membiarkan hafiz dan rakan2nya cuba melawan "makhluk halus" didalam kereta mereka. Kami merancang untuk singgah di kedai mamak berdekatan situ.

kereta yg dinaiki hafiz dan rakan2nya

bersedia untuk gerak ke kedai mamak untuk melantak plak...

ok,baiklah,mungkin aku perlu jelaskan sedikit butiran tentang rumah ini dan apa kaitan dengan hafiz pasal rumah ni...

semasa aku mendapat jemputan dari aman ziki n co, aku terus buat research pasal rumah tersebut dan melihat kajian yang dibuat oleh team PenyingkapFakta666 yang sudah melakukan research pasal rumah ini (lihat link ini - http://penyingkapfakta666.blogspot.com/2011/11/misteri-banglo-di-puncak-bukit.html ) dan mendapati rumah ini dihuni oleh orang cina tua di tingkat atas.

So aku agak excited untuk melihat dan berkunjung rumah tersebut. Dan aman ziki telah mengajak rakanya iaitu Hafiz dan lagi 2 rakanya.

Menurut aman ziki, hafiz dan 2 rakannya menuntut ilmu agama dan ilmu yg ada kaitan dengan persilatan. So dipendekkan cerita, mereka bertiga berkebolehan untuk berinteraksi dan melihat alam makhluk halus.

so,pada awal2 smpai rumah tersebut,hafiz dah pun melihat "makhluk halus" tersebut melalui membuka mata"hijab"nya (aku pun xperasan macam mana dia buka hijab), dia sempat berkomunikasi dengan "makhluk halus" yg ada didalam rumah tersebut, dan ia memberi amaran kepada hafiz yg melarang kami naik keatas rumah tersebut, tapi memandangkan kami semua telah datang jauh untuk sampai disni, hafiz mengingkari amaran tersebut dan melepaskan kami masuk kedalam rumah tersebut. Perkara ini tidak diketahui oleh aku sendiri dan rakan2 lain.

3.056445,101.632032 (google maps) 

so selepas trip ke rumah tersebut,aku dan rakan2 lain mengambil cuti yg agak lama untuk meneruskan mana2 pencarian entiti ini kerana kesibukan masing2. So next entri berkaitan aku dan 2 rakan kl aku, iaitu Salahuddin dan Adika (rakan sekolah menengah) yg teringin nak masuk kedalam Highland Tower. So sebagai biasa,aku juga yg membawa mereka masuk kedalam HT untuk melihat perubahan yg ada disitu.

Salam FatalFrame09 2009-2013
 Faisal Awiengs